Friday, 9 December 2011

PEMIKIRAN KRITIS, PENYELESAIAN MASALAH DAN PEMIKIRAN SAINTIFIK

Kritis dalam kamus dewan bahasa membawa maksud tidak menerima sesuatu begitu sahaja. Seseorang itu perlulah membuat pertimbangan baik buruk sesuatu itu tanpa menerima secara bulat-bulat.
CIRI-CIRI PEMIKIRAN KRITIS.
  1. Tidak begitu mudah menerima sesuatu 
  2. Berfikir secara mendalam
  3. Pemikiran kritis ini melibatkan tiga komponen
  • Analisis
  • Tafsiran
  • Penilaian
    4. Peghujahan adalah aspek utama dalam pemikiran kritis
    5. Bersifat reaktif, penilaian, analisis dan logik

KETEGORI PEMIKIRAN KRITIS.
  1. Membuat suatu perbandingan atau banding beza antara satu maklumat dengan maklumat yang lain
  2. Membuat ketegori ataupun pecahan 
  3. Membuat urutan
  4. Meniliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhannya.
  5. Menyatakan sebab kepada sesuatu perkara
KELEBIHAN PEMIKIRAN KRITIS
  1. Menjadi lebih matang
  2. Bersifat objektif dalam membuat penilaian
  3. Sensitif dan prihatin
  4. Berjiwa besar,yakin dan berani
  5. Lebih bertanggungjawab
  6. Mempunyai ketahanan diri yang tinggi
  7. Tidak mudah dipengaruhi
PENYELESAIAN MASALAH
Masalah boleh ditakrifkan sebagai matlamat yang ingin dicapai tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk mencapaikannya.

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH
  • Algoritma iaitu langkah-langkah yang sistematik
  • Heuristik iaitu jalan pintas untuk mencapai sesuatu
  • Submatlamat iaitu memperincikan sesuatu masalah
CIRI-CIRI PENYELESAIAN MASALAH DALAM ISLAM
  1. Pendekatan tauhid
  2. Kembali kepada Allah
  3. Alam 
  4. Manusia
  5. Pendekatan Sufi
Rumusannya kita perlulah mengambil langkah yang bijak untuk menyelesaikan sesuatu maslah yang dihadapi  dalam kehidupan ini. Kita perlulah menggunakan pemikiran yang kritis bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

No comments:

Post a Comment