CIRI-CIRI MAKLUMAT
- Relevan
- Boleh dipercayai
- Boleh difahami
- Lengkap
- Tepat pada masanya dan mampu mengurangkan ketidakpastian
- Pengguna berkobolehan mengakses maklumat dengan cekap dan berkesan
- Pengguna menilai maklumat dengan kritis
- Pengguna berupaya mengaplikasikan maklumat dengan tepat
- Menentukan pengetahuan yang diperlukan
- Mengenal pasti jurang pengetahuan
- Mengecilkan jurang pengetahuan
- Menyebarkan pengetahuan untuk dikongsi bersama
Pembelajaran sepanjang hayat membawa maksud pencarian ilmu pengetahuan untuk peribadi ataupun profesinal yang dilakukan sepanjang masa atas kerelaan, paksaan dan sebagainya.
LITERASI MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Kedua-dua konsep ini mempunyai hubung kait antara satu sam lain:
- Bersifat mendorong-kendiri dan terarah-kendiri. Kedua-duanya berjalan mengikut inisiatif setiap individu.
- Berpotensi membangunkan kuasa kendiri. Kedua-duanya juga membangunkan diri seseorang yang melakukan.
- Bersifat benar-kendiri. Ianya boleh membuatkan seseorang itu celik maklumat dan mempunyai pengetahuan.
- Dapat meningkatkan kualiti dan kebergunaan pendidikan serta latihan di institusi pendidikan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
- Peluang memperolehi pekerjaan yang baik dan memuaskan .
- Penyertaan yang berkesan terhadap individu tersebut dalam konteks sosial, kebudayaan, dan politik
- Dapat mengenal pasti dan memahami matlamat sesuatu profesion.
- Kesedaran kendiri
- Merancang pembelajaran
- Sedar terhadap apa yang dipelajari
No comments:
Post a Comment